Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI MANGSA INTIP DAN HENDAP, LELAKI DIHARAP TAMPIL KONGSI PENGALAMAN

DALAM NEGARA

SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI MANGSA INTIP DAN HENDAP, LELAKI DIHARAP TAMPIL KONGSI PENGALAMAN

Sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah intip dan hendap, justeru Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah intip dan hendap, justeru Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap sesiapa sahaja, terutamanya lelaki, tampil ke hadapan dan berkongsi dengan pihaknya apa jua yang dialami mereka.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang perkongsian daripada lelaki, tetapi saya tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa juga, kerana jenayah intip dan hendap tidak mengira jantina atau latar belakang seseorang individu pada masa kini.

“Oleh itu, saya berharap lelaki tidak malu berkongsi, ini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama perjuangkan nasib mangsa intip dan hendap yang berhadapan dengan situasi sukar sebegini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mengenai penggubalan RUU anti-stalking law itu di sini hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading