Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SPRM TAHAN ENAM INDIVIDU DISYAKI RASUAH LULUS UJIAN GDL

DALAM NEGARA

SPRM TAHAN ENAM INDIVIDU DISYAKI RASUAH LULUS UJIAN GDL

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan enam individu termasuk dua pegawai penguat kuasa agensi kerajaan kerana disyaki terlibat rasuah dalam meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdagangan (GDL) menerusi institusi memandu di sekitar negeri ini.

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan enam individu termasuk dua pegawai penguat kuasa agensi kerajaan kerana disyaki terlibat rasuah dalam meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdagangan (GDL) menerusi institusi memandu di sekitar negeri ini.

Kesemua suspek berusia 35 hingga 65 tahun ditahan kira-kira 5 hingga 6 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, semalam.

Menurut sumber, selain dua pegawai penguat kuasa tersebut, empat suspek lain adalah tenaga pengajar dan pekerja di institusi memandu. 

Difahamkan, lima daripada enam lelaki tersebut kini telah direman selepas Penolong Kanan Pendaftar Khairunnisa Kasa membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Khas Reman di sini hari ini.

Empat daripada mereka direman selama lima hari, seorang selama tiga hari manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM disebabkan faktor kesihatan.

Katanya, mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM300 hingga RM650 daripada pemohon bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. 

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) & Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading