TIGA HINGGA EMPAT PENUNGGANG P-HAILING TERLIBAT KEMALANGAN SEMINGGU
SHAH ALAM: Anggaran tiga ke empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang p-hailing di negara ini kerana terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.
SHAH ALAM: Anggaran tiga ke empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang p-hailing di negara ini kerana terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) Zulhelmi Mansor berkata selain itu kurangnya kesedaran mengenai tahap keselamatan antara punca utama berlaku kemalangan melibatkan golongan terbabit.
“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga kepenatan dan akhirnya mengakibatkan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PENGHANTAR dan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan Malaysia (MSOSH) di sini hari ini.
MoU tersebut ditandatangi Zulhelmi mewakili PENGHANTAR manakala MSOSH diwakili Presidennya Dr Shawaludin Husin, yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan penunggang p-hailing.
“Kerjasama ini bagi menyokong polisi keselamatan dan kesihatan PENGHANTAR ke arah mewujudkan budaya kerja selamat dalam kalangan penunggang p-hailing serta sentiasa menjadikan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berteraskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,”katanya.
“Ia juga bagi meningkatkan kesedaran dan perlindungan dalam kalangan penunggang p-hailing terhadap KKP selain memastikan setiap penghantar memakai peralatan perlindungan diri ketika bekerja,” katanya.
Sementara itu, Dr Shawaludin berkata MSOSH akan mengiktiraf modul Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dibangunkan Penghantar, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Ia akan diadaptasikan dalam panduan KKP P-Hailing secara menyeluruh sekali gus memperbaiki jaringan keselamatan sosial pekerjanya,” katanya.
MSOSH hari ini telah melancarkan laman sesawang Persidangan Tahunan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) 2023 yang dijangka berlangsung pada Oktober tahun hadapan.
Malaysia melalui MSOSH akan menjadi tuan rumah persidangan tersebut yang menghimpunkan lebih 40 pertubuhan KKP dari 23 negara di rantau Asia Pasifik. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.