IDRIS HARGAI USAHA PENGANJURAN QIAMULLAIL PERDANA

Datuk Idris Ahmad menyampaikan tazkirah pada program Qiamullail Perdana.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad menghargai usaha pihak-pihak yang terlibat menjayakan program Qiamullail Perdana awal pagi tadi.

Program yang dianjurkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu dihadiri masyarakat Islam sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.

“Tahniah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV AlHijrah, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan semua pihak yang menjayakan program ruhiyyah ini.

“Moga Allah SWT reda kita semua,” kata Idris dalam catatan di Facebooknya selepas hadir pada program berkenaan.

Turut hadir pada program tersebut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Penghargaan turut diberikan Ahmad Marzuk kepada semua pihak yang menjayakan Qiamullail Perdana.

TV AlHijrah menyiarkan program itu secara langsung menerusi slot Assalamualaikum Qiam bermula dari jam 5 hingga 6 pagi tadi.

Umat Islam yang tidak berkesempatan menonton secara langsung pagi tadi boleh mengulang siar video program itu di Facebook rasmi TV AlHijrah. – AlHijrah Online

Leave a Reply