Tag Archives: Covid19

‘KEPADA ALLAH SAYA BERSERAH’ – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: “Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan,” Demikian ungkapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam hantaran di Facebook rasminya selepas disahkan positif COVID-19. Beliau turut memohon maaf atas kelemahan dan kekurangan dirinya. “Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya. “Insya-Allah, bantuan Mus’adah

Read more

COVID-19: 317 KES BAHARU, PALING TINGGI DICATATKAN

PUTRAJAYA: Sejumlah 317 kes baharu, menjadikan kes positif harian COVID-19 hari ini paling tinggi pernah direkodkan, sejak pandemik itu mula menular dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, kebanyakannya adalah kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. “Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes dalam kalangan

Read more

COVID-19: 287 KES BAHARU, CIPTA REKOD KES HARIAN TERTINGGI

PUTRAJAYA: Dalam tempoh 24 jam sebanyak 287 kes baharu COVID-19 telah dikesan menjadikan jumlah kes harian tertinggi pernah dicatat sejak mulanya pandemik itu di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes itu hanya untuk penularan tempatan sahaja, dan menjadikan kes terkumpul sebanyak 11,771 dengan kes aktif sebanyak 1,540 kes. “Trend peningkatan ini yang Kementerian

Read more

TRUMP DAN ISTERI POSITIF COVID-19

WASHINGTON: Presiden Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif COVID-19 hari ini. Melalui akaun Twitternya, Trump memaklumkan beliau dan isterinya akan menjalani kuarantin. “Malam ini, FLOTUS (Melania Trump) dan saya positif COVID-19. Kami akan segera memulakan proses pemulihan dan kuarantin. “Kami akan mengharunginya bersama,” ciap Trump. Sebelum itu, pembantu terdekat beliau Hope Hicks, didapati positif COVID-19 selepas mengikuti Trump ke

Read more

COVID-19: KLUSTER JALAN MERU, JOO HWA, SELASIH, BAH KETIL DIKESAN

KUALA LUMPUR: Empat kluster baharu pandemik COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru (Selangor),  Kluster Joo Hwa (Sabah), Kluster Selasih (Putrajaya) dan Kluster Bah Ketil (Kedah). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Selasih mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang mula bergejala dan demam sejak 25 September lalu. Kluster Bah Ketil pula

Read more

COVID-19: DUA LAGI MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan dua kematian baharu dicatatkan akibat COVID-19 di Malaysia. Korban terbaharu itu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 136 kes. Jumlah kes baharu positif hari ini turun kepada dua angka iaitu 89 kes. Sabah kekal negeri tertinggi jumlah kes terbaharu dengan 35 kes diikuti Kedah 13 kes, Selangor 10 kes, dan Johor 8

Read more

PEMILIHAN VAKSIN COVID-19 AWAL 2021- KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan memutuskan pemilihan vaksin COVID-19 pada awal tahun 2021, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Data yang diperoleh daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka akan dianalisis pada hujung tahun ini. Tambahannya, MOSTI juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan

Read more

MYSEJAHTERA PERJELAS KEGUNAAN HOTSPOT TRACKER

KUALA LUMPUR: Susulan laporan pengesanan kes positif di beberapa pusat membeli-belah terkemuka negara, ada pihak bertanyakan berhubung kegunaan ‘Hotspot Tracker’ di aplikasi MySejahtera. Oleh itu pengendali MySejahtera tampil berkongsikan bagaimana sesuatu kawasan itu diletakkan sebagai kawasan yang mempunyai kes atau sebaliknya. “Untuk makluman semua, sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Kawasan yang menunjukkan

Read more

BELUM ADA KEPERLUAN KUARANTIN INDIVIDU PULANG KE SEMENANJUNG DARI SABAH

PORT DICKSON: Masih belum ada keperluan untuk mengenakan kuarantin wajib ke atas mereka yang pulang ke semenanjung selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara itu akan dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri nanti. Jelas Adham, pihaknya akan memastikan garis panduan sama digunapakai seperti dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini,

Read more

TUJUH SEKATAN JALAN RAYA DI KOTA SETAR

ALOR SETAR: Tujuh Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan di daerah Kota Setar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) bermula 12.01 tengah malam tadi. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Mohd Redzuan Salleh, SJR terbabit diadakan termasuklah di hadapan Restoran Haji Ramli di Simpang Empat, Jalan Batas Paip di Kuala Kedah, Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza

Read more
« Older Entries Recent Entries »