Tag Archives: eropah

ANTI VAKSIN ‘NAIK ANGIN’, PENDUDUK DI EROPAH TURUN PROTES

LONDON: Isu anti vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat masih membelenggu beberapa negara di Eropah. Keputusan negara seperti United Kingdom (UK) dan Perancis yang memberikan kelonggaran aktiviti hanya kepada mereka yang telah divaksin menyebabkan kumpulan anti-vaksin ‘naik angin’ dan turun protes di jalanan. Ikuti laporan penuh di Berita Alhijrah 25 Julai.–AlHijrah Online

Read more

WANITA DI EROPAH BOLEH DIPECAT JIKA BERHIJAB WAKTU KERJA

LUXEMBOURG: Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan boleh memecat pekerja-pekerja wanita yang berhijab sewaktu bekerja. Mahkamah berpendapat keputusan tersebut selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja. Menurut mahkamah tersebut, pemecatan pekerja wanita yang berhijab boleh menunjukkan imej neutral atau mengelakkan perselisihan sosial dengan pelanggan. “Larangan berhijab mungkin wajar untuk dikuatkuasakan berdasarkan

Read more

PENEMPATAN ISRAEL DI WILAYAH PALESTIN TETAP TIDAK SAH: EU

ANKARA : Kesatuan Eropah mengulangi pendiriannya bahawa penempatan Israel di atas tanah Palestin adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa semalam, demikian menurut laporan agensi berita Anadolu. “Pendirian Kesatuan Eropah berhubung dasar penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah jelas dan kekal tidak berubah, semua aktiviti penempatan adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan menghakis kebolehjayaan penyelesaian dua negara

Read more

Lima negara Eropah tolak resolusi iktiraf Bukit Golan

NEW YORK, 27 Mac – Lima negara Kesatuan Eropah yang juga anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel. Sinar Harian memetik laporan AFP menyebutkan Belgium, Britain, Perancis, Jerman dan Poland sepakat dengan pendirian Bukit Golan kekal sebagai wilayah Syria yang diduduki Israel, sejajar dengan undang-undang antarabangsa

Read more