KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Tahun Baru 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap nasib rakyat dan merasakan segala keperitan hidup rakyat, terutamanya golongan yang telah kehilangan orang tersayang mahupun punca pendapatan, akibat COVID-19.
“Penularan wabak tersebut melanda dunia dan negara sejak awal tahun telah memaksa rakyat menjalani kehidupan harian di luar kebiasaan dalam pelbagai aspek malah mengancam keselamatan diri dan menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara serta sosioekonomi rakyat.
“Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersabar dan cekal dalam mengharungi dugaan ini serta mendoakan agar musibah yang menimpa pulih seperti sedia kala,” kata Ahmad Fadil.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Malaysia sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan perpaduan meskipun sepanjang 2020, negara yang kita cintai bersama ini dilanda pelbagai ujian.
Selari dengan peningkatan kes positif harian COVID-19, baginda menasihati rakyat supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Sesungguhnya, Seri Paduka Baginda berdua sentiasa inginkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat jelata terpelihara dan ini amat bergantung kepada kestabilan politik dan pentadbiran negara.
“Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada wira dan wirawati petugas barisan hadapan di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memikul tanggungjawab memerangi wabak ini demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” kata Ahmad Fadil.
Semua pihak khususnya ahli-ahli politik turut dinasihati baginda untuk mengurangkan agenda dan ketegangan politik dengan berganding bahu dan memberi tumpuan membela kebajikan rakyat serta mengutamakan proses pemulihan ekonomi bagi mengekalkan kestabilan negara.
“Seharusnya, kita semua perlu sentiasa bermuhasabah untuk mengambil iktibar serta teladan daripada peristiwa dan cabaran yang telah dilalui pada tahun lalu untuk memperbaiki diri, keluarga, komuniti dan negara secara keseluruhannya,” kata Ahmad Fadil.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar keamanan negara dapat dikekalkan serta keharmonian hubungan antara kaum, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang sentiasa berpegang pada prinsip rukun negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
“Allah SWT sentiasa membantu orang-orang yang berusaha, dengan semangat perpaduan dan daya tahan yang jitu kita mampu bersama menghadapi segala cabaran dan ujian.
“Semoga tahun 2021 dikurniakan oleh Allah SWT dengan keadaan lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu,” kata Ahmad Fadil.
Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama-sama mendoakan negara sentiasa dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta dikurniakan perpaduan dan kemakmuran berkekalan, serta baginda berdua mendoakan pemerintah, pemimpin dan rakyat Malaysia terus dirahmati dan diberkati Allah SWT.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager