Mohd Firdaus membaca Iqra tiga dengan lancar ketika ditemui di rumahnya di Pekan Tunjang, di sini hari ini.
TUNJANG – Pasangan suami isteri Lim Hun Kheng, 44 dan Wan Dee
Fandesa,41, tidak pernah kekok meneruskan rutin mengejutkan anak mereka,
Mohd Firdaus Hong Abdullah,12, untuk bangun sahur pada Ramadan kali
ini.
Hun Kheng berkata, seperti Ramadan yang lalu, isterinya akan mengejutkan anak mereka bangun sahur pada jam 5 pagi setiap hari.
Katanya,
isterinya akan menyediakan menu kegemaran anak mereka iaitu nasi goreng
sebelum dia solat subuh dan bergerak ke sekolah.
“Walaupun berbeza agama, saya tak halang dia menunaikan kewajipan
sebagai orang Islam. Saya nak dia membesar jadi manusia berguna dan taat
kepada perintah Tuhan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan
Tunjang di sini, hari ini.
Menurutnya, dia dan isteri sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada anak sulung mereka itu untuk mempelajari agama Islam.
“Bila tiba bulan puasa ni, kami sekeluarga akan elakkan makan di depan dia.
“Waktu
petang pula saya akan bawa dia ke bazar Ramadan untuk beli juadah
berbuka. Selalunya dia akan beli ayam bakar, sebab itu saja makanan
kegemaran dia waktu berbuka,” katanya.
Hun Kheng memakaikan baju Melayu yang disumbangkan pihak sekolah kepada anaknya.
Hun Kheng memakaikan baju Melayu yang disumbangkan pihak sekolah kepada anaknya.
Sementara itu, Mohd Firdaus atau nama asalnya Lim Ching Hong, seronok menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
“Tahun ini kali kedua saya puasa, paling seronok saya dapat tunai solat sunat Tarawih di masjid atau surau dengan kawan-kawan.
“Lepas
ni tak sabar nak tunggu raya pula. Boleh ikut kawan-kawan jalan kutip
duit raya sekeliling kampung dan makan macam-macam kuih raya,” kata
pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, di sini.
Ditanya
mengenai kebolehannya membaca al-Quran, Mohd Firdaus berkata, dia kini
sudah menganjak ke Iqra tiga dan telah menghafal bacaan di dalam solat.
“Saya juga suka dengar kisah-kisah nabi, dan cerita berkaitan agama Islam. Banyak pengajaran yang saya dapat.
“Walaupun
saya baru setahun jadi saudara baru, tapi kawan-kawan dan guru-guru
selalu bagi nasihat dan bimbingan. Sekolah pun dah belikan sepasang baju
Melayu untuk dipakai masa hari raya nanti,” katanya.
Aziz (dua,kanan) mengajar Mohd Firdaus membaca Iqra sambil diperhatikan Hun Kheng.
Aziz (dua,kanan) mengajar Mohd Firdaus membaca Iqra sambil diperhatikan Hun Kheng.
Sementara itu, datuk angkatnya, Aziz Isa, 61, berkata, jika
ada masa terluang, Firdaus akan berkunjung ke rumahnya untuk belajar
agama.
“Saya akan ajak dia solat jemaah termasuklah belajar agama,
“Firdaus ini adalah seorang yang cepat belajar, inilah kelebihan yang ALLAH SWT berikan kepada dia.
“Dia
dapat hafal surah al-Fatihah dalam tempoh tak sampai seminggu.
Insya-ALLAH saya akan berusaha bawa dia kenal Islam dengan lebih
mendalam lagi supaya dia dapat berbakti kepada agama dan bangsa di masa
hadapan,” katanya.
Tahun lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai
Mohd Firdaus yang tidak mendapat halangan daripada ibu bapanya untuk
memeluk Islam pada usia 11 tahun.
Malah Firdaus sudah berkhatan sejak berada di darjah dua dan mendapat gred A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam pada ketika itu. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager