TANAH RUNTUH: PM ARAH MISI MENCARI DAN MENYELAMAT SECARA RAPI, SISTEMATIK

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu misi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

Katanya beliau telah mendapatkan maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

“Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua mangsa telah disahkan meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita.

Kejadian melibatkan 79 orang mangsa dengan tiga orang cedera, 51 belum ditemui manakala 23 orang selamat setakat maklumat jam 7 pagi tadi. – AlHijrah Online

Leave a Reply