Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH GOHTONG JAYA: SEORANG KANAK-KANAK, WANITA MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH GOHTONG JAYA: SEORANG KANAK-KANAK, WANITA MENINGGAL DUNIA

Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak polis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut memaklumkan setakat jam 7 pagi tadi dua orang meninggal dunia, tiga cedera, 51 orang masih belum ditemui manakala 23 orang selamat dalam tragedi itu.

Sejumlah 79 orang mangsa berada di tapak perkhemahan tersebut ketika kejadian runtuhan berlaku.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan oleh Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan SMART,” dalam satu kenyataan JBPM Selangor.

Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading