Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANGGUH NIAT RENTAS NEGERI JIKA BERGEJALA COVID-19

DALAM NEGARA

TANGGUH NIAT RENTAS NEGERI JIKA BERGEJALA COVID-19

PUTRAJAYA: Individu yang bergejala COVID-19 dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu perjalanan merentas negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri juga disaran melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.

“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.

“Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan walaupun tiada lagi sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan rentas negeri, pihak berkuasa tetap meneruskan pemeriksaan secara rawak di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading