Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL SERBU HOSPITAL AL-AWDA DI JABALIA, PAKSA KAKITANGAN PERUBATAN TINGGALKAN PREMIS

DUNIA

TENTERA ISRAEL SERBU HOSPITAL AL-AWDA DI JABALIA, PAKSA KAKITANGAN PERUBATAN TINGGALKAN PREMIS

Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung.

Gambar fail (AFP)

GAZA CITY: Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan Anadolu Agency (AA).

Dalam satu kenyataan, pihak hospital menyatakan kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada kakitangan perubatan ditangkap oleh tentera Israel.

Kenyataan itu menambah bahawa 14 kakitangan perubatan masih berada di hospital, bersama 11 orang yang cedera dan pengiring mereka yang tidak dapat meninggalkan hospital tanpa ambulans.

Pada Rabu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza menyatakan sektor kesihatan di utara Gaza telah lumpuh sepenuhnya disebabkan oleh Israel yang sengaja menyasarkan kemudahan kesihatan itu sejak 7 Okt.

Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Okt 2023 oleh kumpulan Palestin Hamas.

Lebih 35,700 rakyat Palestin telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 80,000 lagi cedera.

Lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar infrastruktur rosak atau musnah di Gaza selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang berlarutan.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah juga mengarahkan Israel mengambil langkah untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan di kawasan Palestin yang terkepung. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading