KOTA BHARU: Umat Islam di Kelantan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini tanpa sebarang prosedur operasi standard (SOP) tambahan, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
KOTA BHARU: Umat Islam di Kelantan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini tanpa sebarang prosedur operasi standard (SOP) tambahan, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata sehubungan itu ibadah korban boleh dilakukan di mana-mana tanpa syarat tambahan seperti dalam tempoh pandemik COVID-19 sebelum ini.
“Saya rasa tidak menjadi masalah (melaksanakan ibadah korban) setakat ini, jika dilihat kes positif COVID-19 di negeri juga terkawal dan menurun.
“Ibadah korban di kampung juga tiada masalah, mahu buat di mana-mana kita tidak halang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Wakaf MAIK di sini hari ini.
Mengenai Bulan Wakaf MAIK, Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata program tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman umat Islam berkaitan kepentingan ibadah tersebut.
“Kita akan mempromosikan produk wakaf MAIK seperti wakaf hartanah, wakaf kesihatan, wakaf pendidikan dan lain-lain,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK tidak melantik mana-mana individu mahupun syarikat dalam urusan mengutip tabung dan sumbangan menggunakan nama agensi itu.
“Kita tidak mempunyai ejen dalam urusan ini, lantikan individu ataupun syarikat tidak pernah dipraktikkan oleh kami (MAIK). Sekiranya masyarakat mahu memberi sumbangan, boleh terus kepada saluran yang disediakan,” katanya.
Beliau berkata tindakan akan diambil sekiranya terdapat individu menggunakan nama MAIK untuk urusan kutipan tabung dan sumbangan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked