Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MASJID UTAMA JAKIM ADAKAN SOLAT HAJAT, DOA QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN

DALAM NEGARA

TIGA MASJID UTAMA JAKIM ADAKAN SOLAT HAJAT, DOA QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN

Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.

Gambar fail (BERNAMA)

PUTRAJAYA: Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyeru rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus dilanda situasi tragik.

“(Rakyat Palestin) saban hari dizalimi serta diserang dengan kejam tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan MADANI yang tegas membela kedaulatan negara umat Islam, khususnya Palestin serta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

“Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds. Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading