Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA RAKAN SEKERJA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA TERBABAS

DALAM NEGARA

TIGA RAKAN SEKERJA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA TERBABAS

Tiga penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Besar Felda Jengka 17, Maran dekat sini, semalam.

KUANTAN: Tiga penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Besar Felda Jengka 17, Maran dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kemalangan pada 6.15 petang itu menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Mereka ialah Fadhil Syah Sulaiman, 19, dan Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, dari Felda Lepar Utara serta Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, beralamat di Felda Jengka 17. 

“Semua mangsa yang bekerja di ladang di Felda Lepar Utara dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan seiring dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari Temerloh, dekat sini.

“Semasa di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan dan memasuki laluan mangsa lalu merempuh mereka,” katanya dalam kenyataan.

Norzamri berkata pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 51 tahun dari Bandar Jengka pula dikejarkan ke Hospital Jengka kerana mengalami sesak dada.

Kesemua mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading