KUALA LUMPUR: Umat Islam khususnya pengguna perkhidmatan perbankan perlu terus cakna dalam berdepan kepelbagaian produk perkhidmatan yang ditawarkan.
Sama ada ia bersifat konvensional mahu pun Islamik, pengguna wajar membuat pilihan bukan sahaja yang terbaik buat keadaan kewangan mereka, malah turut meletakkan keutamaan pada hukum hakam dan pematuhan syariah sesuatu produk.
Atas dasar dan tanggungjawab bagi memberi maklumat tepat tentang bidang kewangan dan perbankan Islam kepada umum, TV AlHijrah tampil dengan musim kedua program Tijarah, sebuah program cakna kewangan Islam yang julung kali diterbitkan Unit Ehwal Semasa, Jabatan Berita dan Ehwal Semasanya.
Tijarah yang pernah bersiaran enam episod pada musim terdahulu, dijangka rancak dengan lebih banyak pengisian bersifat mendidik umat Islam, lebih-lebih lagi dalam memberi pengetahuan dari sudut halal-haram sesuatu produk.
“Program selama 30 minit itu juga akan meletakkan kepentingan memilih produk yang diiktiraf patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah di peringkat bank mahu pun di peringkat bank pusat, Bank Negara Malaysia (BNM).”
Jika pada musim pertama, Tijarah ada mengupas topik tentang moratorium – tajuk bualan hangat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Malaysia, serta topik ‘Riba’ back door yang sering kali mengelirukan pengguna, program berkenaan diyakini tidak akan mengecewakan penonton dengan siri topik menarik akan datang, termasuklah tentang peranan industri Wakaf di Malaysia sebagai potensi perangsang ekonomi ketika negara diselubungi ancaman virus pembunuh COVID-19.
Tijarah masih mengekalkan hos yang tersenarai dalam Top 40 Most Influential Women in Islamic Business and Finance yang diiktiraf Cambridge International Financial Advisory (IFA), Shabana M. Hasan. Selain memiliki ilmu yang luas tentang ekonomi dan kewangan Islam, Shabana turut pernah ditawarkan untuk mengemudi beberapa program bual bicara kewangan, selain program bercorak kewanitaan dan hobi.
Soal halal haram tidak wajar dipinggirkan dalam pemilihan produk perbankan
Sementara itu, Tijarah yang merupakan program bual bicara kewangan Islam pertama tanah air itu juga menampilkan tetamu yang bukan calang-calang. Antara yang pernah diundang pada musim pertama; Ketua Pegawai Eksekutif syarikat-syarikat perbankan, tokoh-tokoh kewangan Islam, ahli ekonomi dan penasihat syariah bank-bank.
Selain meletakkan sasaran membantu memartabatkan kewangan Islam, Tijarah turut berperanan menyuntik kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan memilih produk perbankan Islam.
Eksklusif bersama tokoh kewangan Islam, CEO syarikat perbankan dan ilmuan ekonomi menerusi TIJARAH
“Tijarah juga dilihat berpotensi memperbetul tanggapan negatif masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan patuh syariah.”
Untuk episod pertama musim kedua, Tijarah akan menampilkan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Topik yang bakal dikupas, “Wakaf, Solusi Ekonomi Pasca COVID-19”.
Insha Allah, Tijarah musim kedua dengan tema “Cakna Kewangan Islam” akan menemui penonton pada setiap Isnin, jam 9.30 malam di TV AlHijrah, bermula 22 November ini.
Selamat menonton! – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager