Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AKTIVITI PERNIAGAAN DIBENARKAN SEHINGGA 12 MALAM

DALAM NEGARA

AKTIVITI PERNIAGAAN DIBENARKAN SEHINGGA 12 MALAM

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti perniagaan termasuk kedai makan, kedai serbaneka dan stesen minyak yang sebelum ini diarahkan untuk tutup pada jam 10 malam kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran tersebut berkuatkuasa esok.

“Tadi mesyuarat bincang perkara ini dan bersetuju membenarkan pembukaan restoran dan perniagaan lain sehingga pukul 12 malam bermula esok,” katanya dalam sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ismail Sabri, beliau banyak menerima aduan berhubung waktu operasi perniagaan yang perlu ditamatkan pada jam 10 malam.

Ujarnya tempoh peniagaan yang disingkatkan itu telah memberi kesan kepada para peniaga. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading