Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUBUHAN UNIVERSITI AL-QURAN SEDANG DIKAJI DENGAN SERIUS

DALAM NEGARA

PENUBUHAN UNIVERSITI AL-QURAN SEDANG DIKAJI DENGAN SERIUS

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Cadangan menaik taraf Darul Quran milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Universiti Al-Quran disambut baik kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketika ini kerajaan sedang mengkaji dengan serius penubuhan Universiti Al-Quran tersebut.

“Yang Berhormat Dungun mencadangkan agar kerajaan menaik taraf Darul Quran kepada sebuah universiti Al-Quran dengan menggunakan sepenuhnya model wakaf seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara lain.

“Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menyambut baik cadangan tersebut dan sedang mengkaji dengan serius dan meneliti lanjut kaedah penubuhan Universiti Al-Quran berdasarkan dasar dan polisi sedia ada, di samping memastikan ia selaras dengan Rang Undang-Undang Wakaf yang akan dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini kelak,” katanya ketika memberi ucapan Penggulungan Belanjawan 2021 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu berhubung peruntukan untuk sekolah agama, tahfiz dan pondok dalam Belanjawan 2021, Zulkifli berkata kerajaan amat mengambil berat terhadap pendidikan dan masa hadapan anak-anak yang belajar di institusi-institusi tersebut.

Perkara itu terbukti menerusi peruntukan sebanyak RM29 juta bagi melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET, di bawah KPT yang akan memberi manfaat kepada 15,000 pelajar institusi tahfiz dan sekolah pondok.

Selain itu ujarnya kerajaan juga memberikan peruntukan khusus sebanyak RM100 juta kepada sekolah agama rakyat, tahfiz dan sekolah pondok dalam belanjawan tahun hadapan. — AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading