Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN M DEDIKASI PUISI KHAS BUAT MALAYSIA

DALAM NEGARA

TUN M DEDIKASI PUISI KHAS BUAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Robohkan tembok pemisah dan semarakkan perpaduan di antara rakyat berbilang agama dan kaum.

Itu mesej utama disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi klip video lagu “Anak Bangsa Malaysia” yang dinyanyikan Hazama.

Mesej Perdana Menteri itu disampaikan melalui sajak yang beliau bacakan di akhir klip video itu yang disiarkan sempena “Hari Malaysia” hari ini.

Bait puisi yang dibacakan Tun Mahathir, “Anak Bangsa Malaysia, bangsa kita bangsa merdeka, gagah dan kuat kerana kepelbagaian, dari yang banyak menjadi satu, membawa negara ke persada dunia.

“Walaupun terdapat perbezaan, temboh pemisah kita robohkan, bersatu padu tanpa kira warna kulit, kerana kita adalah anak Bangsa Malaysia”.

Klip video itu turut menampilkan Hazama dan dua chef berlainan kaum yang bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu mereka.

Secara simboliknya, klip video itu menampilkan perpaduan rakyat Malaysia melalui perkongsian adat dan budaya, termasuk makanan.

Klip video dimuatnaik di laman Facebook rasmi Tun Mahathir jam 7.30 petang semalam, setakat ini menerima lebih 134,000 tontonan dan dikongsi 659 kali. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading