Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua yang berlangsung hari ini dan esok di Pusat Konvensyen Kebangsaan China. – Foto Bernama
BEIJING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini hadir bersama-sama
37 pemimpin dari seluruh dunia dan 5,000 perwakilan dari 150 negara
pada majlis perasmian Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama
Antarabangsa Ke-2.
Perasmiannya disempurnakan Presiden China, Xi Jinping di Pusat Persidangan Kebangsaan China (CNCC).
Xi,
yang mencetuskan cadangan dasar infrastruktur itu enam tahun lepas bagi
tujuan menghidupkan semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu
menghubungkan Asia dengan bahagian lain dunia, menerusi pembinaan
landasan kereta api, lapangan terbang dan saluran paip, turut
menyampaikan ucaptama pada majlis itu.
Dalam ucapannya, Xi menggesa negara-negara yang mengambil bahagian
supaya meneruskan pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi mencapai
pembangunan bermutu tinggi.
Beliau juga berkata projek-projek Jalur dan Laluan harus mempertahankan prinsip perkongsian manfaat dan menyumbang bersama.
“Kerjasama Jalur dan Laluan: Membentuk Masa Depan Bersama yang Lebih Cerah” menjadi tema forum itu.
Dr Mahathir, yang turut dijangka berucap pada satu daripada beberapa sesi forum itu, tiba di Beijing pada Rabu untuk melakukan lawatan rasmi lima hari dengan jadual lawatan padat, selain menghadiri forum berkenaan.
Selepas melawat Pusat Penyelidikan Huawei semalam, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan yang berhasil dengan Xi di The Great Hall of People, Perdana Menteri Li Keqiang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Li Zhanshu.
Pertemuan dengan ketiga-tiga pemimpin tertinggi China yang berlangsung dalam satu hari itu lebih menggambarkan lagi hubungan dua hala yang istimewa antara kedua-dua negara.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Beijing sibuk menerima kedatangan beberapa pemimpin dunia dan wakil-wakil pertubuhan antarabangsa yang berminat untuk mengambil bahagian dalam inisiatif infrastruktur tersebut bagi menghubungkan China dengan bahagian dunia yang lain.
Turut hadir pada perasmian hari ini ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Gutierrez dan Pengarah Urusan dan Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde.
Inisiatif Jalur dan Laluan merupakan inisiatif utama China untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, memudahkan aliran barangan dan modal selain menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara-negara yang mengambil bahagian.
Walaupun banyak menerima kritikan bahawa inisiatif infrastruktur itu tiada ketelusan dalam proses pelaksanaannya selain dituduh sebagai menjadi “perangkap hutang” bagi negara-negara yang mengambil bahagian dalam pembinaan projek-projek mahal itu, tetapi para penyokong inisiatif itu berpandangan sebaliknya.
Duta China ke Malaysia, Bai Tian menerusi pandangannya yang disiarkan baru-baru ini oleh media tempatan sebelum lawatan Dr Mahathir ke Beijing berkata, Inisiatif Jalur dan Laluan menggalakkan pembangunan dengan semua negara dengan 124 megara dan 29 pertubuhan antarabangsa telah menjadi rakan perkongsian kepada projek itu.
Beliau berkata jumlah dagangan dengan negara-negara yang telah menandatangani perjanjian pelaksanaannya telah mencecah US$6 trilion. Duta itu turut memberitahu, pelaburan langsung China di negara-negara yang mengambil bahagian itu telah melebihi US$80 bilion dan mewujudkan 20,000 pekerjaan dalam ekonomi tempatan.
China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia sejak sedekad lepas dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara tahun lepas meningkat 8 peratus ke RM313 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Malaysia adalah rakan dagangan terbesar China dalam kalangan negara-negara ASEAN. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests