TUN MAHATHIR MASUK IJN SEMULA

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Dalam kenyataan IJN, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN bagi prosedur perubatan elektif.
Pada 16 Disember 2021, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan penuh serta memerlukan pemerhatian lanjut.
Bagaimanapun, Tun Mahathir telah pulang ke rumah pada 22 Disember lepas selepas menjalani menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.–AlHijrah Online