Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TURKI AKAN SAMBUNG OPERASI JIKA YPG/PKK TIDAK BERUNDUR

DUNIA

TURKI AKAN SAMBUNG OPERASI JIKA YPG/PKK TIDAK BERUNDUR

ISTANBUL : Operasi anti-pengganas Turki di utara Syria akan disambung semula jika pengganas YPG/PKK tidak berundur dari wilayah terbabit, kata Menteri Luar Turki.

“Kita mempunyai 35 jam lagi, jika mereka masih tidak berundur, kita akan meneruskan operasi dan kita juga telah bersetuju dengan Amerika,” kata Mevlut Cavusoglu dalam ucapan pembukaan Forum Dunia TRT yang dipetik agensi berita Anadolu.

Operasi Peace Spring dilancarkan 9 Oktober lalu untuk membersihkan pengganas daripada wilayah utara Syria, memastikan keselamatan sempadan Syria-Turki dan menghantar pelarian Syria pulang ke negara mereka dengan selamat.

“Jika semua ahli YPG/PKK berundur daripada wilayah ini, kita boleh menghentikan operasi ini”, katanya.

Pada 17 Oktober lalu, Turki bersetuju menghentikan operasi selama 120 jam untuk membolehkan pengganas YPG/PKK berundur dari zon selamat.

Cavusoglu berkata Turki menjalankan operasi ke atas kumpulan pengganas, bukan puak Kurdish.

Turki juga tidak pernah menggunakan senjata kimia seperti dipropagandakan YPG/PKK, katanya.

Ankara melancarkan operasi ketenteraan untuk membersihkan timur Sungai Euphrates daripada pengganas PKK/YPG.

PKK disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dan kumpulan itu bertanggungjawab atas kematian 40,000 mangsa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi sepanjang 30 tahun kempen keganasannya ke atas Turki. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading