Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH CAPAI 21.5 JUTA PENONTON KETIKA RAMADAN

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH CAPAI 21.5 JUTA PENONTON KETIKA RAMADAN

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Islam utama negara, TV AlHijrah berjaya meraih jumlah penonton yang memberangsangkan apabila mencapai 21.5 juta penonton sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Daripada jumlah tersebut 6.5 juta merupakan penonton platform televisyen manakala 15 juta penonton lagi menggunakan platform digital.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris menzahirkan ucapan penghargaan kepada penonton TV AlHijrah dan bertekad untuk terus menampilkan alternatif hiburan Islamik yang mendidik jiwa.

“TV AlHijrah akan terus menampilkan alternatif hiburan Islamik yang mendidik jiwa dan memperkukuhkan iman dengan pelbagai rancangan yang bermanfaat.

“Sebagai sebuah saluran televisyen Islamik no 1, saya ingin melihat TV AlHijrah terus berkembang sebagai sebuah stesen televisyen yang ada kedudukan tersendiri dalam masyarakat.

“Kami amat hargai dan akan terus berusaha menyajikan rancangan yang terbaik untuk semua,” kata Namanzee.

Jumlah tontonan Syawal ketika ini merekodkan 10.8 juta penonton dengan 4.3 juta daripadanya penonton televisyen manakala 6.5 juta penonton digital. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading