PKP 3.0 DISAMBUNG SEHINGGA 28 JUN 2021

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijadual tamat 14 Jun ini akan disambung bermula 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan, dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri memaklumkan senarai SOP boleh dirujuk di laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN. — AlHijrah Online

Leave a Reply