Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USAHAWAN KOSMETIK DAN RAKAN DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

USAHAWAN KOSMETIK DAN RAKAN DIREMAN TIGA HARI

BANDAR BARU BANGI: Seorang usahawan kosmetik dan rakannya ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur dalam satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek bermula Jumaat sehingga 13 Jun.

Peguam yang mewakili kedua-dua suspek, Nursyafiqah Zamani berkata anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 12 dan 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan suspek berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebat.

Sebelum ini seorang pensyarah membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik selepas mendapati sesi siaran langsung Instagram usahawan itu dikatakan berbaur lucah.

Suspek dan rakannya dilapor berpakaian tidak senonoh dan membuat adegan panas ketika sesi ‘live’ di akaun Instagram mereka yang turut disertai dua kanak-kanak lelaki. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading