KUALA LUMPUR – Stesen televisyen berkonsepkan Islam, TV
AlHijrah akan terus memperjuangkan isu berkaitan masyarakat serta menonjolkan
keindahan Islam bagi menangani sebarang salah tanggap masyarakat terhadap
situasi yang banyak melanda negara mutakhir ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris
berkata, sesuai dengan sasaran penonton utama yang terdiri daripada mereka yang
berusia 40 tahun ke atas dan beragama Islam serta muallaf, rancangan yang
mengangkat isu seperti ini menjadi pilihan untuk diketengahkan.
Terkenal sebagai sebuah stesen yang didominasi oleh penonton Islam, penjelasan atau analisa terhadap isu yang sedang melanda umat Islam masakini seperti isu tulisan Jawi, produk halal, ekonomi Islam dan seumpamanya menjadi keutamaan stesen ini.
“Rancangan yang menyebarkan nilai Islam acuan Malaysia ini mampu
memberi pencerahan kepada golongan yang diserang Islamofobia. Kita menjadi
lidah kepada agensi dan telinga kepada rakyat”, katanya menjawab soalan media dalam
pertemuan “Sembang Santai Ulangtahun ke-9 bersama Namanzee Harris” di Pusat
Penyiaran Digital TV AlHijrah, di sini petang tadi.
Syafinaz Yunus
Program seperti ini dikupas dalam rancangan isu semasa “Analisis
Bersama Finaz Yunus’’ yang menyediakan platform untuk kedua belah pihak
berhujah secara ilmiah dalam melontarkan pandangan yang berbeza.
“Analisis merupakan platform kepada kedua belah pihak
menyatakan pendapat mereka. Kita sedar, masyarakat kini tidak mahu fikiran
mereka didoktrinkan oleh media kerana mereka terdedah kepada pelbagai sumber di
media sosial. Jadi kita di TV AlHijrah bertindak membawa suara netizen ke kaca
televisyen,” kata Syafinaz Yunus, penerbit dan pengacara rancangan itu.
Sebagai sebuah medium dakwah, TV AlHijrah juga menjadi jambatan penyatuan masyarakat yang tergabung daripada pelbagai agama.
Rancangan seperti Sembang Rahmah yang diteruskan dari rancangan terdahulu, Dialog Harmoni menyasarkan masyarakat berbilang agama, sekaligus membuktikan stesen ini membuka ruang kepada bangsa lain berkongsi pendapat mereka, tanpa menjejaskan prinsip penubuhannya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked