KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah agensi dan stesen televisyen Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), TV AlHijrah kekal memainkan peranannya sebagai medium dakwah dan sumber ketenangan jiwa untuk penonton lebih-lebih lagi ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Umum mengetahui, penguatkuasaan PKP yang terpaksa dilakukan kerajaan untuk membendung penularan COVID-19 memberi kesan kepada sebahagian besar rakyat dari pelbagai sudut terutamanya kewangan, pemikiran, jiwa, dan rohani.
Oleh sebab itu, TV AlHijrah ketika PKP terus berusaha menyediakan pelbagai kandungan televisyen yang dapat membantu para penonton mengharungi cabaran dan dugaan ketika tempoh yang sukar ini.
Bagi mereka yang menghadapi kesempitan hidup dan tinggal dalam keadaan serba kekurangan, TV AlHijrah ada menerbitkan program MYHAUS khusus untuk menambahbaik tempat tinggal mereka yang terpilih.
MYHAUS akan bersiaran setiap Isnin bermula 25 Januari 2021 pada jam 9 malam.
Selain itu, bagi membantu golongan kurang bernasib baik, stesen televisyen Islam itu turut menerbitkan program DENGAR yang menyelami kesulitan hidup golongan kurang bernasib baik.
Mereka yang berada dalam keadaan kesempitan hidup boleh berhubung dengan krew produksi DENGAR dan program ini akan berusaha untuk menjadi penghubung antara golongan memerlukan dengan agensi-agensi kerajaan atau pihak yang mampu membantu.
DENGAR akan bersiaran setiap Khamis jam 8.30 malam mulai Februari 2021.
Selari dengan misi penubuhannya sebagai medium dakwah, sudah semestinya TV AlHijrah turut menawarkan program-program kerohanian yang menenangkan jiwa dan memberi panduan menurut ajaran AlQuran dan Sunnah.
Program keagamaan itu diharap dapat membantu para penonton untuk tabah dan lebih tenang dalam menghadapi cabaran pendemik COVID-19, cabaran banjir dan juga cabaran ekonomi yang berlaku.
Antara program yang baru diperkenalkan khas untuk tujuan iitu ialah Al-Mulk, Haflah AlQuran, Cinta Ilmu 2021 & MyHadithTime selain MyQuranTime dan versi-versi selawat dan qasidah melalui program Hijrah Berselawat.
Terbaharu, TV AlHijrah akan turut menyiarkan slot Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) setiap hari pada jam 4.30 petang dan ulangan pada hari sama jam 6.30 petang.
Usaha itu bagi menjamin pendidikan agama di kalangan pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.
Ketika tempoh PKP, maklumat terkini dan kupasan isu semasa perlu disampaikan kepada orang ramai dengan tepat dan bermanfaat.
Berita Alhijrah yang disiarkan setiap hari jam 8 malam akan melaporkan maklumat-maklumat terkini kepada penonton terutama berkaitan pengumuman kerajaan sepanjang tempoh PKP ini selain hebahan program-program yang dilaksanakan agensi kerajaan.
Program bual bicara Assalamualaikum yang bersiaran setiap hari dari jam 7 hingga 10 pagi juga akan memainkan peranan sebagai penyalur maklumat dengan menjemput para panel untuk mengupas isu-isu berkaitan selain menjadi medium untuk mendidik orang awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan kerajaan.
TV AlHijrah juga berusaha menjadi contoh kepada orang awam dengan budayakan pengamalan SOP PKP dalam penyiaran melalui pemakaian pelindung muka atau face shield untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penonton mengamalkan norma baru dalam melawan pandemik COVID-19.
Usaha yang dilakukan stesen televisyen ini diharap dapat membantu orang awam mengharungi saat mencabar selain memastikan rakyat Malaysia terus istiqamah untuk sama-sama memutuskan rantaian COVID-19. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked