Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UAE UMUM 4.5 HARI BEKERJA SEMINGGU

DUNIA

UAE UMUM 4.5 HARI BEKERJA SEMINGGU

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan waktu kerja baharu iaitu empat hari setengah seminggu dengan petang Jumaat, Sabtu dan Ahad akan dikira sebagai hujung minggu.

Lapor pejabat media kerajaan UAE, hari bekerja baharu yang paling singkat di dunia itu akan berkuatkuasa 1 Januari 2022.

Melalui pelaksanaan baharu tersebut, pekerja kerajaan juga diberi pilihan untuk bekerja dari rumah pada hari Jumaat dan menyusun jadual waktu bekerja mengikut masa yang fleksibel.

Keputusan untuk menjadikan hujung minggu lebih panjang itu adalah sebahagian daripada langkah UAE untuk meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan.

Ia juga demi kesejahteraan sosial rakyatnya di samping menambah baik prestasi untuk mempromosikan daya saing ekonomi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, UAE telah melaksanakan beberapa langkah untuk menjadikan ekonominya lebih menarik kepada pelabur dan bakat asing termasuk memperkenalkan visa jangka panjang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading