Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN LAPORAN PEMILIK KELAB KOMEDI TERIMA UGUTAN

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN LAPORAN PEMILIK KELAB KOMEDI TERIMA UGUTAN

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pemilik sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata laporan dibuat lelaki itu pada hari ini dan dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden simbahan cat pada kelab komedi itu seperti yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Ugutan diterima oleh isteri pengadu daripada seorang lelaki tidak dikenali dan ugutan dituju kepada pengadu dan ia ada kaitan dengan simbahan cat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, sebuah kelab komedi yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri, disimbah cat oleh dua lelaki. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading