Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UMAT ISLAM DI PERAK DISARAN SOLAT SUNAT GERHANA KHAMIS INI

DALAM NEGARA

UMAT ISLAM DI PERAK DISARAN SOLAT SUNAT GERHANA KHAMIS INI

IPOH: umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku di Perak, Khamis ini.

Jabatan Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata Gerhana Matahari Separa itu dijangka berlaku mulai pukul 11.18 pagi sehingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada pukul 1.11 tengah hari, ketika 85 peratus matahari ditutupi oleh bulan.

“Bagi masjid atau surau yang ingin melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah, maka dicadangkan agar ia dapat dilaksanakan selepas solat zuhur secara berjemaah.

“Bagi yang ingin melaksanakannya secara individu, mereka boleh melaksanakannya sepanjang masa berlaku gerhana matahari,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading