Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

26 TERKORBAN PROTES DI INDIA

DUNIA

26 TERKORBAN PROTES DI INDIA

NEW DELHI: Jumlah kematian akibat protes di seluruh India meningkat kepada 26 orang pada Ahad ketika demonstrasi menentang rang undang-undang kewarganegaraan kontroversi terus memuncak, demikian kata sumber polis

Agensi berita Anadolu melaporkan, lokasi utama protes adalah di Uttar Pradesh di utara India di mana merupakan kawasan penduduk Islam minoriti.

Kenyataan rasmi kerajaan memberitahu pihaknya menahan enam individu yang dikaitkan dengan kumpulan Islam yang didakwa terbabit dengan keganasan.

Perkhidmatan internet telah digantung di seluruh daerah di negeri itu sehingga hari ini.

Akta Pindaan Kewarganegaraan yang diluluskan minggu lalu memberikan hak kerakyatan kepada Hindu, Sikh, Jain dan Kristian daripada Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh tetapi menyekat neutralisasi untuk Islam.

Pemimpin Islam percaya bahawa rang undang-undang baharu akan dijalankan di seluruh negara di mana setiap warganegara akan diminta untuk membuktikan kewarganegaraan India.

Lebih 100 individu ditahan di kawasan berbeza di negeri berkaitan dengan protes ganas itu, kata seorang pegawai. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading