USIM PERLUAS USAHA BANTU PELAJAR PALESTIN, CARI PENAJAAN TAMBAHAN
PUTRAJAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengajak lebih ramai individu dan syarikat bersama-sama membantu menaja pelajar dari Palestin untuk menimba ilmu di negara ini.
PUTRAJAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengajak lebih ramai individu dan syarikat bersama-sama membantu menaja pelajar dari Palestin untuk menimba ilmu di negara ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan berkata sebanyak 135 pelajar dari negara bergolak itu sedang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah dan Doktor Falsafah (PhD) di USIM, menjadikan ia universiti awam yang mempunyai bilangan pelajar Palestin tertinggi setakat ini.
“Sejak 2002, sebanyak 36 pelajar Palestin telah menamatkan pengajian … kami berusaha membantu mereka sebaik mungkin dan cuba mencari penaja untuk mereka belajar di sini,” katanya selepas menghadiri majlis bersama media di sini semalam.
Nik Norzrul Thani berkata pada tahun lepas, sebanyak RM260,000 diperuntukkan untuk membiayai yuran pelajar Palestin di USIM, selain itu universiti berkenaan juga mempunyai jabatan khusus membantu pelajar negara itu bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga emosi mereka.
“Kami mahu memastikan mereka berasa bahagia dan selamat di Malaysia, apabila segalanya selesai (peperangan dan pengajian), kami mendoakan agar mereka dapat kembali ke negara asal dan membina semula negara mereka,” katanya.
Pada majlis itu, USIM turut melancarkan dokumentari pendek sebagai tanda penghargaan khas kepada petugas Palestin di universiti berkenaan bertajuk The Great Sacrifice.
Sementara itu, pensyarah Palestin di USIM Dr Wesam Almahallawi yang menetap di Malaysia selama lapan tahun bersama isteri dan anaknya berkata beliau berharap dunia dapat memberi perhatian kepada nasib rakyat negara itu dan menyokong perjuangan mereka.
“Bagi rakyat Palestin, penderitaan dialami sejak lahir. Mereka menanggung pelbagai kesukaran dan halangan dari segi pendidikan dan kehidupan seharian. Namun, mereka terus berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara saya masih di Gaza, berdepan cabaran yang sama dengan rakyat lain. Saya sentiasa berhubung dengan mereka yang kerap berpindah mencari tempat yang selamat di Gaza. Malangnya, saya kehilangan lebih 20 ahli keluarga semuanya dalam satu serangan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests