Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA JADI MANGSA RAGUT DIMINTA TAMPIL

DALAM NEGARA

WANITA JADI MANGSA RAGUT DIMINTA TAMPIL

Wanita yang menjadi mangsa ragut di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, ibu negara diminta tampil membuat laporan polis berhubung kejadian yang tular di media sosial, hari ini.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Wanita yang menjadi mangsa ragut di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, ibu negara diminta tampil membuat laporan polis berhubung kejadian yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan sebuah klip video berhubung kejadian ragut berdurasi 30 saat memaparkan rakaman seorang wanita diragut pada jam 9.00 pagi tadi.

“Semakan yang dilakukan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku di sebuah kedai di lokasi terbabit pada jam 11.59 pagi semalam,” jelasnya.

“Siasatan mendapati mangsa sedang berjalan di tepi kaki lima kedai sebelum diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.”

“Suspek dilihat menarik beg tangan mangsa dengan pantas dan segera berlalu pergi,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat laporan berita ini ditulis, pihaknya sudah membuat semakan dan mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

Beliau menyeru mangsa yang terbabit dalam kejadian itu tampil membuat laporan agar siasatan lanjut dapat dilakukan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading