LAPORAN PENUH SIASATAN DALAMAN PELATIH TUDM DIBULI SIAP DALAM MASA TERDEKAT
Laporan penuh siasatan dalaman melibatkan seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa dibuli pelatih senior di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang yang tular baru-baru ini dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini. Pada majlis itu, seramai 416 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima pingat berkenaan. –fotoBERNAMA
MELAKA: Laporan penuh siasatan dalaman melibatkan seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa dibuli pelatih senior di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang yang tular baru-baru ini dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata siasatan dalaman itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk semua maklumat yang dilapor atau diterima daripada pihak media atau orang perseorangan.
“Kementerian Pertahanan mengambil serius kejadian buli yang berlaku melibatkan pelatih TUDM yang dilaporkan berlaku baru-baru ini dan siasatan sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan di peringkat kementerian juga, siasatan dalaman turut dilakukan.”
“Saya yakin dalam masa terdekat ini, laporan itu akan diterima dan dibentangkan pada mesyuarat pasca-Kabinet kementerian akan datang. Jika ada kelemahan, kita akan perbaiki dan beri kerjasama kepada semua pihak termasuk PDRM,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara dan wanita itu turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan di pusat itu.
Pada 3 Mei lepas, media juga melaporkan polis mengesahkan empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lepas.
Dalam perkembangan lain, Adly berkata latihan ketenteraan menjelang fenomena El Nino yang diramal berlaku pada Jun akan tetap diteruskan namun ia bergantung kepada situasi semasa.
“Latihan (ketenteraan) akan diterus dan dipertingkat seperti ketika tempoh penularan COVID-19 walaupun terdapat beberapa kekangan. Latihan ATM meliputi pelbagai aspek seperti dua hala dan pelbagai hala yang turut melibatkan negara jiran.
“Semua perkara akan diambil kira bagi memastikan latihan kita tidak terganggu,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked