Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DIPUKUL ABANG KANDUNG

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DIPUKUL ABANG KANDUNG

Seorang wanita maut disyaki akibat dipukul abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill di sini, Khamis lepas. 

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut disyaki akibat dipukul abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdulah berkata mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia 10.30 malam Sabtu di Hospital Queen Elizabeth II di sini setelah dua hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mangsa ditemui kira-kira 4.50 petang oleh bapanya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka teruk di bahagian muka. Bapa mangsa mengesyaki anak lelakinya yang memukul mangsa kerana hanya suspek dan mangsa berada di rumah pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidi berkata sejurus selepas laporan dibuat, satu tangkapan dilakukan terhadap abang kandung mangsa berusia 26 tahun di rumah berkenaan serta merampas dua bentuk cincin dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek menunjukkan tiada sebarang kesan pengambilan dadah dan suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading