PENGURUS DANA PATUH SYARIAH TERKEMUKA, PILIHAN SASARAN PMB INVESTMENT

KUALA LUMPUR: Syarikat Pengurusan Dana Islam PMB Investment Berhad meletakkan sasaran menjadi pengurus dana patuh syariah terkemuka dan pilihan di Malaysia.

PMB Investment Berhad ketika ini menawarkan 19 dana unit amanah patuh syariah pelbagai risiko.

Syarikat itu juga mempunyai program mendidik rakyat Malaysia mengurus kesejahteraan kewangan dan merancang masa depan mereka, seperti persaraan dan pendidikan anak-anak atau matlamat kewangan lain.

Prestasi dana-dana di PMB Investment yang cemerlang menyaksikan syarikat itu telah berjaya mengecapi banyak kejayaan dan pengiktirafan termasuk anugerah dari World Muslimpreneur.

Pengiktirafan tersebut menambah keyakinan pelabur selain menjadi pemangkin semangat PMB Investment menguruskan dana yang telah diamanahkan.

Tidak dinafikan, kesedaran rakyat Malaysia terhadap dana pelaburan masih di tahap rendah.

Oleh itu PMB Investment tidak hanya menumpukan kepada pengurusan dana tetapi turut mengerakkan program-program kesedaran berkenaan kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan.

Ia diharap dapat membantu rakyat Malaysia menjana pulangan melalui pelaburan, menggandakan wang simpanan serta mencapai matlamat atau sasaran kewangan. – AlHijrah Online

Leave a Reply