SUNGAI MANIK: “Saya buntu sebab dah buat macam-macam usaha, tindakan buat video sehingga tular tu bukan untuk mencari kekecohan tapi adalah jalan terakhir demi mak.”
Itu luahan hati Diwiyana Mohamed, 37, yang videonya tular di aplikasi Tiktok petang semalam selepas ibu kepada enam anak ini mendakwa permohonan bantuannya lambat diluluskan pihak berkaitan.
Menurut Diwiyana dia langsung tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama, namun kecewa ekoran ibunya, Selamah Hamid, 73, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) dan terlantar masih belum mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPK).
Diwiyana Mohamed
“Sudah macam-macam usaha saya lakukan sampai saya sanggup pecahkan tabung nak beli lampin mak sebab kami memang sudah tiada wang.
“Nak jual 10 biji burger pun susah jadi kami cuba minta badan-badan lain tapi belum ada rezeki waktu itu.
“Kawan saya kata hanya satu benda boleh tolong, sama ada viralkan (tular) atau kau pergi ke gereja untuk minta bantuan sebab kawan beritahu saya kalau minta bantuan di sana terus dapat,” katanya.
Jelas Diwiyana, sebelum membuat video tular terbabit, dia hanya mempunyai RM16 duit akhir dari tabung anaknya untuk membeli lampin pakai buang dan makanan anak-anak.
Duit tersebut katanya, tidak cukup untuk membeli lampin pakai buang ibunya yang nyanyuk dan lumpuh serta tidak boleh berjalan sejak enam tahun lalu.
Diwiyana berkata, sebelum ini dia bersama suami, Taufiq Ikhmal Mohd Yusuf, 25, ibu dan enam orang anaknya termasuk tiga anak dari perkahwinan terdahulu menetap di Cheras, Kuala Lumpur sebelum mereka berpindah ke Sungai Manik, Perak kira-kira dua tahun lalu.
Ujarnya, selepas berpindah, bantuan RM350 dari JKM Wilayah Persekutuan yang diterima ibunya dari 2017 hingga April 2020 sudah tidak lagi diterima.
Diwiyana kemudian terpaksa membuat permohonan baharu dari JKM Perak pada 20 Januari 2021 namun alasan borang permohonan hilang menyebabkan dia terpaksa membuat permohonan kedua 28 Januari 2021.
Namun selepas setahun, dia masih tidak mendapat jawapan daripada JKM menyebabkannya buntu sehingga bertindak membuat video di Tiktok sebagai jalan terakhir yang mencapai sehingga 800,000 tontonan.
Hari ini pelbagai pihak tampil memberi bantuan termasuk pihak JKM dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.
Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (tengah) ketika menziarahi ibu Diwiyana yang terlantar.
Menurut Wan Norashikin, kelemahan sistem E-Bantuan JKM diakui penyebab bantuan kepada keluarga terbabit tidak diproses awal.
“Permohonan tersebut tidak dapat diproses melalui sistem E-Bantuan JKM kerana namanya berada di dalam senarai penerima JKM Wilayah Persekutuan dan belum lagi dikeluarkan.
“Begitu sistemnya kalau penerima berpindah negeri atau berpindah daerah perlu tamatkan bantuan di JKM lama dan buat permohonan baharu,” katanya.
Ujar beliau, ekoran kekangan sistem tersebut, ibu Diwiyana tidak menerima bantuan JKM dari April 2020 hingga Februari 2022.
Mengakui kekhilafan tersebut katanya, JKM meluluskan bantuan kepada ibu Diwiyana sebanyak RM500 sebulan bermula Mac ini.
Ujar Wan Norashikin, JKM juga akan memberikan kiosk mudah alih yang boleh dilipat untuk Diwiyana dan suaminya berniaga burger.
Selain itu kataya, pegawai psikologi JKM juga akan memberi bantuan kaunseling untuk membantu menangani emosi Diwiyana.
Sejak semalam tular menerusi media sosial luahan seorang wanita yang kecewa apabila usaha mendapatkan bantuan untuk ibunya menerusi JKM Perak dan MAIPK menemui jalan buntu.
Diwiyana Mohamed atau dikenali sebagai ‘Kak Yana’ melalui klip video yang dimuat naik dalam laman media sosial miliknya mendakwa telah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui dua agensi itu sebanyak dua kali. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Pingback: KISAH WANITA JAGA IBU LUMPUH MAHU MOHON BANTUAN GEREJA PERLU DIJADIKAN PENGAJARAN – ALHIJRAH ONLINE