WANITA TUNAI UMRAH BERPAKAIAN IHRAM LELAKI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai rakyat Malaysia didakwa mengerjakan umrah namun berpakaian ihram lelaki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, isu tersebut melibatkan hukum-hakam agama dan tindakan tegas akan dikenakan.

“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

“Saya juga telah menghubungi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sejak semalam tular video dan gambar seorang wanita yang berada di Makkah lengkap berpakaian ihram sebagaimana jemaah umrah lelaki. – AlHijrah Online

Leave a Reply