WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA DISYAKI DIDERA ANAK, MENANTU
Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang wanita mualaf warga emas hingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, di Arau
ARAU: Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang wanita mualaf warga emas hingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, di sini.
Polis menerima maklumat kejadian pada jam 5.30 pagi selepas mangsa berusia 74 tahun yang berasal dari Paka, Terengganu dihantar ke Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar sejam sebelum itu kerana tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan HTF yang memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat dipukul.
“Siasatan lanjut mendapati mangsa dihantar ke hospital pada jam 4.10 pagi selepas tidak sedarkan diri dan doktor yang memberi rawatan awal kepada mangsa telah memaklumkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia.”
“Pemeriksaan luaran tubuh mangsa kemudian mengesan kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan luka pada jari kaki kiri.”
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat dengan lebih lanjut.”
Ahmad Mohsin menjelaskan, bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada kecederaan pada tubuh mangsa iaitu lebam di kedua-dua mata, dahi, ubun-ubun dan lidah sisi kiri akibat tekanan.
Tambah beliau, tiga tulang rusuk kiri mangsa disahkan patah akibat tekanan namun punca kematian belum dapat dipastikan kerana sedang menunggu keputusan makmal.
“Kertas siasatan yang dibuka mendapati suspek wanita yang merupakan anak mangsa berusia 34 tahun, mengaku memukul mangsa dengan tangan di muka dan kepala, pagi semalam.”
“Soal siasat awal dengan menantu mangsa yang berusia 34 tahun dan berasal dari Parit Sulong, Johor turut mengesyaki beliau terbabit dalam kejadian berdasarkan keterangan yang meragukan,” ujarnya.
Ahmad Mohsin berkata, mangsa ada bertengkar dengan anak perempuannya sebelum kejadian itu.
“Suspek mendakwa tertekan dengan kerenah dan ragam ibunya yang diserang strok di bahagian kiri badan.”
Motif kejadian masih dalam siasatan, manakala suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.