YAYASAN RESTU SUMBANG 1,000 AL-QURAN WAKAF UNTUK PUSAT KUARANTIN, GELANDANGAN

KUALA LUMPUR: Yayasan Restu hari ini menyerahkan 1,000 naskah Al-Quran wakaf kepada pusat kuarantin dan pusat penempatan gelandangan.

Majlis penyerahan Al-Quran wakaf di Lobi A Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Islam Putrajaya dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

JAWI dalam kenyataannya di sini berkata Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abd Latif Mirasa melaksanakan simbolik penyerahan 1,000 naskhah Al-Quran yang kemudian disampaikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary kepada Pengarah Bahagian Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Nor Tipah Majin dan beberapa wakil lain.

Turut hadir pada majlis penyerahan naskah Al-Quran wakaf itu adalah Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Sumbangan wakaf Al-Quran itu diharapkan dapat memberikan manfaat kepada penghuni pusat kuarantin dan pusat penempatan gelandangan yang beragama Islam, terutama bagi mengisi aktiviti kerohanian sepanjang tempoh kuarantin dan Perintah Kawalan Pergerakan. — AlHijrah Online

Leave a Reply