Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ZIONIS YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM TERMASUK KATEGORI KAFIR HARBI

DALAM NEGARA

ZIONIS YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM TERMASUK KATEGORI KAFIR HARBI

KUALA LUMPUR: Zionis Israel yang membunuh umat Islam dan merampas dan mengusir rakyat Palestin daripada tempat kediaman dan tanah air mereka termasuk dalam kategori kafir harbi.

Gambar serangan Israel yang membunuh rakyat Palestin. – AFP

KUALA LUMPUR: Zionis Israel yang membunuh umat Islam dan merampas dan mengusir rakyat Palestin daripada tempat kediaman dan tanah air mereka termasuk dalam kategori kafir harbi.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan kafir harbi adalah golongan orang bukan Islam yang tiada jaminan perlindungan daripada orang Islam dan merupakan golongan yang memerangi Islam dan melakukan kejahatan ke atas mereka.

Penjelasan yang disiarkan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab pertanyaan golongan yang dikategorikan sebagai kafir harbi dalam konteks zaman sekarang.

“Jika ingin melihat konteks kafir harbi pada zaman sekarang, maka istilah itu boleh dirujuk kepada kumpulan Zionis dan Israel yang memusuhi dan memerangi umat Islam serta mengusirkan mereka daripada tempat kediaman dan tanah air mereka,” kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sementara itu menjelaskan lagi persoalan itu, kafir harbi tidak boleh untuk ditujukan kepada mana-mana warganegara bukan Islam di sesebuah negara yang menghormati perlembagaannya dan mematuhi undang-undangnya.

“Dalam konteks di Malaysia, setiap warganegaranya daripada kalangan bukan Islam, maka mereka jauh sekali untuk dimasukkan dalam kategori golongan kafir harbi

“Hal ini kerana ia tidak menepati definisi dan tidak mencukupi ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama. 

“Selain itu, melabelkan seseorang warganegara dengan gelaran ini akan membawa implikasi yang buruk dan dahsyat kerana mereka halal untuk diperangi, keamanan mereka tidak akan dijaga dan keselamatan harta benda mereka tidak akan dijamin,” jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan..

Oleh itu, perbuatan melabelkan sebahagian daripada warganegara sesebuah negara dengan label sebegitu merupakan satu perbuatan yang ekstrem dan keterlaluan. 

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/5976-irsyad-hukum-siri-ke-864-isu-berkaitan-pengkategorian-kafir-harbi untuk maklumat lanjut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading