Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

12 MAUT DALAM RUSUHAN PENJARA DI ECUADOR

DUNIA

12 MAUT DALAM RUSUHAN PENJARA DI ECUADOR

QUITO: Sekurang-kurangnya 12 banduan terbunuh dan 10 lagi cedera dalam rusuhan ganas yang berlaku awal pagi Ahad di sebuah penjara di selatan Ecuador, menurut laporan awal pihak berkuasa penjara.

Banduan dilihat di atas bumbung penjara CRS Turi selepas rusuhan di Cuenca, Ecuador.
Gambar: AFP

QUITO: Sekurang-kurangnya 12 banduan terbunuh dan 10 lagi cedera dalam rusuhan ganas yang berlaku awal pagi Ahad di sebuah penjara di selatan Ecuador, menurut laporan awal pihak berkuasa penjara.

Rusuhan itu berlaku di penjara Turi di bandar Cuenca, antara kompleks pemulihan terbesar di negara itu, lapor Xinhua.

Lebih 800 anggota polis dan tentera dihantar ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Menteri Dalam Negeri, Patricio Carrillo pada sidang media berkata setakat ini, 12 mangsa sudah dikenal pasti.

“Rusuhan tercetus berikutan sebuah kumpulan banduan ingin menguasai pusat tersebut menyebabkan tercetus pergaduhan,” kata Carrillo.

Berikutan insiden itu, 90 banduan telah dipindahkan, termasuk 10 yang cedera.

Keganasan semakin berleluasa di penjara Ecuador sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran persaingan antara kumpulan banduan, rusuhan terburuk berlaku pada September 2021 menyaksikan 116 banduan terbunuh dan 80 lagi cedera. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading