139 PENGGANAS ‘DINEUTRALKAN’ DI TURKI

ANKARA: Lebih 139 pengganas dineutralkan dalam tempoh empat bulan melalui operasi anti-pengganas di Turki, demikian laporan agensi berita Anadolu.

Lebih 300 gua, rumah dan gudang yang digunakan mereka telah dimusnahkan dan senjata berpeluru dalam jumlah besar telah disita dalam Operasi Kiran, yang dilancarkan pada 17 Ogos lalu di tenggara wilayah Van, Hakkari dan Sirnak untuk menentang militan Kurdish YPG/PKK.

PKK disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah. Kumpulan pengganas itu dilaporkan bertanggungjawab ke atas kematian 40,000 mangsa, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi dalam tempoh 30 tahun kempen keganasannya ke atas Turki. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply