3,223 JUALAN RAHMAH SELURUH NEGARA SEJAK JANUARI BABITKAN NILAI RM52 JUTA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan 3,223 Jualan Rahmah di seluruh negara membabitkan keseluruhan jualan bernilai RM52 juta sejak Januari hingga kini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh (dua, kanan) memerhatikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (kiri) membantu memilih telur ayam untuk pembeli ketika melancarkan Jualan Rahmah peringkat negeri di sebuah pasar raya, hari ini. –fotoBERNAMA
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan 3,223 Jualan Rahmah di seluruh negara membabitkan keseluruhan jualan bernilai RM52 juta sejak Januari hingga kini.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata ia melibatkan 118 Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran sekali gus bertujuan membantu mengurangkan kos hidup rakyat.
“Di peringkat Kementerian, kami luluskan RM125,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri dengan keseluruhan RM100 juta yang boleh digunakan hingga hujung tahun untuk melaksanakan Jualan Rahmah.”
“Sebelum ini pun memang ada (Jualan Rahmah) yang ia merupakan inisiatif dengan kerjasama sesetengah pasar raya, tetapi dengan subsidi yang kami tawarkan, insya-Allah lebih giat lagi akan dilakukan…dengan ada pakej Rahmah, barang berharga RM70 dijual RM50 selain pelbagai diskaun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Rahmah peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Pelaksanaan inisiatif berkenaan diadakan selama tiga hari mulai hari ini membabitkan 11 pasar raya terpilih selain pengunjung pada hari ini turut diberikan baucar e-dompet berjumlah RM20 untuk digunakan bagi membeli barangan.
Dalam pada itu, Fuziah berkata kebanyakan pengilang telah menyatakan kesediaan mereka untuk turut melaksanakan Jualan Rahmah yang akan diumumkan secara satu persatu dalam waktu terdekat.
“Ada pengilang sudah mula buat inisiatif ini…mereka ambil masa lama kerana perlu berbincang secara terperinci dengan peruncit terlebih dahulu memandangkan ia ada kesan dengan stok sedia ada…dijangka lebih banyak pengilang akan sertai kami laksanakan Jualan Rahmah,” katanya.
Mengenai stok minyak masak bersubsidi dalam negara, beliau berkata bekalannya mencukupi ketika ini dan KPDN sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini termasuk penyelewengan, ketirisan dan pencatutan.
“Kami keluarkan 60 juta paket minyak masak sebulan, itu kuota kami, jadi dari segi jumlah tidak kurang, tapi apabila berlaku ketirisan, ada keadaan orang ramai tak dapat beli minyak masak namun penguat kuasa sentiasa turun padang untuk pastikan keperluan dan harga dikawal,” katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata selain Jualan Rahmah, kerajaan negeri juga sebelum ini turut mengadakan kolaborasi bersama KPDN negeri bagi membantu usahawan tempatan dan menangani peningkatan harga barang termasuk penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia dan NS Fest.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager