99 pemilik kenderaan disaman dalam OPS Samseng Jalanan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 99 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal, pemandu lori dan pemandu kereta dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Pantai, Kuala Kurau semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacub berkata, antara kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cukai jalan, tiada insurans, tidak memakai topi keledar dan tiada lampu brek, lapor Bernama yang dipetik oleh Sinar Harian.
Beliau berkata, dalam operasi itu sebanyak 90 buah motosikal diperiksa, kereta (10), lori (5) dan 10 kenderaan pacuan empat roda.
“Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras gejala samseng jalanan yang dilaporkan berlaku di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media.
Menurut Omar Bakhtiar, polis percaya kawasan itu dipercayai dijadikan lokasi lumba haram dan usaha membendungnya kerap dijalankan.
Operasi yang bermula pukul 5 petang hingga 9 malam itu disertai 41 anggota polis selain dua pegawai dan lapan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Beliau AADK telah menahan dua lelaki masing-masing berumur 17, dan 27, tahun kerana menagih dadah jenis Methamphetamine serta Morphine.