Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGENSI PELANCONGAN MOHON MAAF, AKAN PULANG WANG KEPADA JEMAAH

DALAM NEGARA

AGENSI PELANCONGAN MOHON MAAF, AKAN PULANG WANG KEPADA JEMAAH

KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan yang dipercayai terlibat terhadap isu hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, tampil memohon maaf hari ini.

Gambar Fail – Bernama

KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan yang dipercayai terlibat terhadap isu hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, tampil memohon maaf hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, individu yang membuat permohonan maaf bagi pihak UC Travel itu juga memaklumkan pihaknya akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat.

Wakil syarikat itu turut memaklumkan pihaknya terkesan dipanggil ‘scammer’, sedangkan hakikatnya mereka telah berusaha yang termampu untuk menerbangkan jemaah.

Satu sidang media dijadual akan diadakan pada hinggu hadapan untuk menjelaskan kejadian yang menimpa semua jemaah yang terlibat.

Semalam, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA sejak pagi.

Kesemua mereka dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH). – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading