MENUJU ARAFAH: MENELUSURI KEINDAHAN PERJALANAN HAJI UMAT ISLAM

KUALA LUMPUR: Sempena Aidiladha 1443H, TV Alhijrah membawakan program bual bicara Menuju Arafah yang menelusuri keindahan perjalanan haji umat Islam.

Menuju Arafah akan bersiaran sebanyak tiga kali pada 9 Julai 2022 dengan setiap siaran akan dihoskan oleh pengacara berbeza.

Siaran pertama pada jam 10.00 hingga 11.45 pagi akan dihoskan Naufal Hatta dan Adi Akma bersama-sama panel Ustaz Shahrizan dan Ustaz Nabil Ahmad.

Di samping menimba ilmu, rancangan ini membawakan konsep di mana penonton boleh bertanyakan soalan kepada panel jemputan.

Seterusnya, ia disambung dalam siaran kedua Menuju Arafah pada jam 2.00 hingga 4.00 petang yang menampilkan hos Amie Sofia dan Ustazah Asni serta panel jemputan khas Ustazah Isfadiah.

Antara tetamu jemputan ialah Datin Fauziah Gous, Shamsul Ghau Ghau dan Hafiz Hamidun. Terdapat juga persembahan istimewa yang dibawakan khas.

Siaran kemuncak ialah Kemuncak Munajat Arafah pada jam 5.00 hingga 7.00 petang yang dihoskan Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Roslan Mohamed.

Siaran ini akan turut berlintas langsung dari Makkah bersama dengan Ustaz Asyraff Suarin.

Oleh itu jangan lupa saksikan tiga program Menuju Arafah bermula jam 10 pagi, Sabtu, 9 Julai. – AlHijrah Online

Leave a Reply