Gambar Aseel Qatran meniarap di sisi kakaknya yang mati tertimbus akibat serangan udara yang dilancarkan regim Bashar al Assad ke atas Khan Sheikhoun pada Selasa (26 Februari 2019) menjadi tular di laman sosial dan media antarabangsa.
Dalam keadaan yang berlumuran darah, dia yang kehilangan dua saudara kelihatan binggung dengan apa yang berlaku.
Imej itu mengundang simpati seantero dunia.
Perang di Syria telah mengakibatkan banyak isu dan bencana kemanusiaan.
Namun, selepas 72 jam gambar berkenaan tersebar luas, tiada satu pun usul yang dikemukakan ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghentikan pembunuhan besar-besaran ke atas orang awam di Idlib.
Reaksi kebanyakan pemimpin antarabangsa ketika ini lebih tertumpu kepada ketegangan dua negara, Pakistan dan India serta perkembangan politik di Algeria tanpa memberi perhatian sepatutnya kepada pembunuhan sesuka hati yang dilakukan regim di Khan Sheikhoun, Maaratul Nu’man dan beberapa tempat lain di Syria.
Apakah angka 45 orang awam termasuk 15 kanak-kanak dan 15 wanita menjadi korban dalam siri serangan roket dan udara yang dilancarkan ke atas Idlib sejak 9 Februari 2019 sehingga semalam dan jumlah mereka 30,000 yang melarikan diri dari kawasan berkenaan masih dianggap bilangan yang kecil?.
Ia satu lagi siri bencana kemanusiaan terbaru, selepas hampir setahun usaha besar-besaran yang dilakukan regim ke atas Timur Ghoutah pada 2018, di mana penduduknya dipindah secara paksa ke Idlib, tempat yang dulu dianggap pilihan yang ada untuk berlindung dari kepungan dan serangan.
Belum sempat untuk bermimpi menikmati rasa ‘lega’ dari pengeboman, mereka sekali lagi menjadi sasaran.
Pertemuan tiga mata antara Presiden Bashar al Assad, Presiden Hassan Rouhani dan Reccep Tayyip Erdogan di Sochi, 14 Februari lalu nyata tidak memberi sebarang impak kepada keganasan Bashar.
Bahkan sehari selepas ia berakhir, Khan Sheikhoun, Maaratul Nu’man di Idlib dan sebahagian kecil kawasan di Hama diserang bertalu-talu. Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya sejauh mana ia mempengaruhi pentadbiran Damsyik.
Kanak-kanak di kem pelarian merupakan golongan yang paling terkesan akibat peperangan.
Bashar menggunakan alasan untuk menghapuskan ancaman kumpulan penentang dan atas keperluan itu, ia menghalal darah rakyatnya sendiri dengan melancarkan serangan semaksima mungkin ke kawasan paling hampir dengan zon bebas tentera (DMZ) di Idlib.
Di bawah persetujuan bersama yang direstui Turki dan Rusia pada September lalu, ia menetapkan syarat kumpulan anti kerajaan perlu mengeluarkan senjata berat dari kawasan zon penampan sejauh 15 hingga 20 kilometer.
Namun, ia tidak diendahkan. Antaranya Hayat Tahrir al Sham (HTS) yang menguasai sebahagian Idlib.
Atas alasan itu, Bashar menggunakannya sebagai kesempatan untuk terus menyerang dan seperti sebelumnya, orang awam akan jadi sasaran.
Mereka mencari perlindungan di Idlib bukan sahaja terpaksa berdepan serangan tentera regim, malah konflik sesama sendiri menjadi satu lagi isu keselamatan yang tidak menampakkan sebarang tanda penyelesaian.
Dalam serangan di Al Qusour pada 18 Februari lalu, sekurang-kurangnya 15 maut dalam siri serangan bom berkembar.
Begitu juga di Deir az Zour, lebih 40,000 penduduk terpaksa lari keluar dalam tempoh tiga bulan ekoran pertempuran berterusan kumpulan pro Kurdish, Syria Democratic Forces dengan IS.
Inilah nasib pelarian Syria…
Razali Awang Media Syria Care
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager