Kampung Baru, sebuah perkampungan Melayu yang terhimpit di tengah kepesatan pembangunan akan dibangunkan semula oleh kerajaan.
KUALA LUMPUR – Kampung Baru merupakan kampung yang sangat ikonik di
Kuala Lumpur. Di sebalik kemodenan kota metropolitan itu, wujud sebuah
perkampungan Melayu yang kebanyakan kawasannya masih mengekalkan ciri-ciri
sebuah kampung Melayu.
Disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur,
beberapa idea diketengahkan untuk membangunkan kawasan itu. Pembangunan itu
pastinya melibatkan pengambilan tanah penduduk kampung tersebut.
Lazimnya, pembangunan yang memerlukan kerajaan mengambil tanah penduduk,
pasti ia akan melibatkan perbincangan yang sangat panjang. Penduduk pasti
membantah namun kerajaan pula menegaskan, pembangunan harus dibuat demi ekonomi
negara.
Selepas bertahun-tahun membincangkan isu tersebut, akhirnya hari ini
lebih 2,000 orang dijangka menghadiri program Town Hall Bersama Menteri Wilayah
Persekutuan, Khalid Abd Samad di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Antara pengisian program tersebut adalah Cadangan Pembangunan Semula
Kampung Baru yang difahamkan kali ini dibuat dengan pendekatan berbeza dengan
penglibatan dan sokongan penuh kerajaan.
Meskipun jaminan sedemikian diberikan namun ia nampaknya masih belum
diterima beberapa kelompok yang membantah cadangan berkenaan. Hari ini, mereka
akan menganjurkan program ‘Belia dan Pemuda Kampung Baru Bangkit’ di Dewan
Felda Semarak, Kuala Lumpur.
Penganjur menganggarkan 200 orang akan hadir namun jika benar cadangan
pembangunan itu menerima bantahan keras daripada penduduk, mungkin ramai lagi
yang akan hadir.
Berdasarkan laporan berita pada 25 April lepas, dianggarkan 88 peratus
pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru bersetuju dengan hasrat kerajaan
membeli tanah milik mereka, kata Pengarah Pengurusan dan Komunikasi Korporat
Perbadanan Kampung Baru, Roslan Mohamad.
“Kita dah buat kajian dan tinjauan memang 88 peratus pemilik dan
pewaris tanah di Kampung Baru setuju jika tanah mereka dibeli oleh kerajaan
untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan bersepadu.
“Jika pemilik dan pewaris bersetuju dengan penjualan tanah ini kepada
kerajaan, maka penyewa atau pengusaha premis di Kampung Baru juga harus
bersetuju untuk menjualnya kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar
Harian baru-baru ini.
Kisah Kampung Baru sebenarnya bukan baru bermula, ia mula dibincangkan
sejak zaman kerajaan terdahulu. Sejujurnya, program town hall bersama penduduk
merupakan satu mekanisme yang baik, boleh mendengar terus keluh-kesah rakyat
dalam isu tersebut.
Hakikatnya, projek pembangunan di kawasan itu pasti melibatkan kos
tinggi. Khalid sebelum ini berkata kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika
berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden
dan sistematik orang Melayu.
Menurutnya, dana sebanyak itu diperlukan untuk membolehkan kementerian
membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau
‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju.
Biar apa pun perancangannya, identiti kampung ikonik di Kuala Lumpur
itu harus dikekalkan. Usahlah dihilangkan nama kampung tersebut dan digantikan
dengan nama lain hanya kerana ia dimodenkan dengan pembangunan.
Hari ini, idea dan perancangan untuk Kampung Baru bakal dibentangkan.
Harapan penduduk sudah semestinya segala perancangan memberi manfaat kepada
mereka, bukan menindas mereka. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked