Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS UMUM TARIK DIRI DARI UNESCO

DUNIA

AS UMUM TARIK DIRI DARI UNESCO

AS dan Israel umum tarik diri dari UNESCO

NEW YORK : Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menarik diri dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan menuduh badan itu sebagai ‘anti Israel yang berat sebelah’.

Jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert, Khamis lalu berkata, AS akan menubuhkan ‘misi pemerhatian’ bagi menggantikan perwakilannya di pertubuhan yang berpangkalan di Paris itu.

Dalam satu kenyataan yang mengumumkan penarikan diri itu, Israel berpendapat keputusan pentadbiran AS sebagai ‘berani dan bermoral dan menuduh UNESCO menjadi pertubuhan yang ‘membuat cerita karut’

“Perdana menteri mengarahkan Kementerian Luar Negara untuk bersedia menarik diri dari pertubuhan itu bersama AS,” kata pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netayanu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova menyifatkan penarikan AS sebagai satu ‘kehilangan kepada asas multilateralisme’ dan menyatakan bahawa UNESCO tidak pernah dianggap begitu penting kepada AS atau AS kepada UNESCO’. – Sinar online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading